Tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan masing-masing. Di sini, kami akan kongsikan cara-cara untuk membuat permohonan UPU terkini bagi tahun 2019.

Bagi permohonan UPU 2019, anda perlu mendaftar akaun UPU di alamat https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/

Pendaftaran akaun UPU tidak memerlukan PIN unik ID BSN. Pin ini diperlukan ketika anda mengisi borang permohonan UPU.

Cara Daftar Akaun UPU Online

Time needed: 3 minutes.

Cara Daftar Akaun UPU Online

  1. Layari laman web UPU Online

    Masukkan alamat https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/ untuk ke laman UPU Online. Baca makluman dan klik “OK”.

  2. Klik butang “Daftar Akaun Baru”

  3. Masukkan Butiran Pemohon UPU

    Pastikan anda masukkan kata laluan yang senang diingati tetapi selamat. Setelah isi semua butiran, klik butang “Daftar”.

Mohon Kursus Melalui UPU Online

Bagi membuat permohonan UPU Online, pastikan anda telah membeli PIN ID di BSN (mesin CDM BSN) bagi membolehkan permohonan dibuat. Butiran lain yang diperlukan ketika membuat permohonan UPU:

  • No. Kad Pengenalan ketika pemohon
  • No. Unik ID (beli nombor pin di BSN mengikut kategori: SPM/Setaraf, STPM/Setaraf)
  • Jenis Permohonan Program Pengajian (pilihan ikut susunan prioriti)
  • Kategori (pilih kategori mengikut kelulusan)

Kategori SPM/Setaraf
Kategori A – Pemohon Lepasan SPM 2018
Kategori B – Pemohon Lepasan SPM 2017 atau 2016

Kategori STPM/Setaraf
Kategori A – Pemohon Lepasan STPM 2018 Aliran Sastera
Kategori S – Pemohon Lepasan STPM 2018 Aliran Sains
Kategori T – Pemohon Lepasan STAM 2017 dan 2018
Kategori N – Aliran Sains BMKPM/ PASUM/ Asasi UiTM
Kategori P – Aliran Perakaunan BMKPM
Kategori U – Aliran Undang-Undang Asasi UiTM
Kategori K – Aliran Kejuruteraan UiTM
Kategori L – Aliran TESL Asasi UiTM
Kategori J – Aliran Teknikal BMKPM
Kategori E – Kelayakan Diploma:- (E1 – DKM/ DLKM); (E2 – DVM); (E3 – Diploma LL/ Diploma ILKA)
Kategori F – Kelayakan Setaraf:- (F1 – A-Level); (F2 – IB); (F3 – Sekolah Sukan); (F4 – STPM Bukan Tahun Semasa); (F5 – Matrikulasi KPM/ ASASI); (F6 – STAM Bukan Tahun 2018 dan 2017); (F7 – AUSMAT/ SAM/ CPU); (F8 – Foundation IPTS)
Kategori G – (G1 – Diploma UA); (G2 – Diploma Politeknik)