1.1 Intisari Ayat: Allah beri peringatan kepada musyrikin Mekah mengambil iktibar terhadap kaum dahulu yang dibinasakan Allah kerana tidak bersyukur nikmat-Nya, bahkan melakukan kemungkaran dan kekufuran. Mereka menerima azab yang pedih.

1.2 Mensyukuri Nikmat Allah: Allah menyediakan pelbagai kemudahan dan nikmat tidak terhingga.

1.2.a: Nikmat kurniaan Allah terasuklah (i) iman, (ii) Islam, (iii) kesihatan tubuh badan, dan (iv) akal fikiran.

1.2.b: Cara Mensyukuri Nikmat-Nya:
– Menggunakan hati: Sentiasa mengingati Allah dengan cara merendah diri terhadap kekusasaan-Nya.
– Lidah: Ucap Alhamdulillah, baca Al-Quran, berzikir, bertasbih, dan bertahmid
– Anggota badan: Menggunakan anggota badan dan kesihatan ke arah tujuan kebaikan.

1.3. Kemusnahan kaum ‘Ad, Thamud, Lut
– Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hus a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan harta
– Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi
– Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka

1.4. Manusia sebagai khalifah Allah
Tugas manusia sebagai khalifah:
– beribadat kepada-Nya
– menegakkan agama
– amar makruf nahi mungkar
– membangun dan mengurus alam dengan baik berdasar syariat

1.5: Pengajaran Ayat
– Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar
– manusia mesti bersyukur nikmat Allah
– orang tidak brsyukur diazab Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Like FB Kami

Like halaman fb kami sebagai tanda sokongan dan dapatkan kemaskini di timeline anda.


This will close in 20 seconds

Offline: Tiada sambungan ke Internet.

error: