2.1 Intisari Ayat: Nabi Muhammad manusia biasa dilantik dan diutuskan Allah untuk pimpin manusia ke arah kebenaran. Baginda bkn malaikat atau anak Tuhan tetapi manusia biasa yang tidak ada kuasa terhadap khazanah Allah dan juga tidak tahu perkara ghaib.

2.2 Peranan Rasul adalah untuk:
– membetulkan akidah daripada kesesatan kepada beriman kepada Allah
– mengajar cara beribadat dengan betul
– mendidik manusia berakhlak mulia
– memberitahu tentang perkara ghaib

2.3. Perkara ghaib adalah dan termasuklah:
– perkara yang hanya diketahui Allah seperti tarikh kiamat, penentuan rezeki, ajal dan maut seseorang
– perkara yang telah berlaku seperti kisah Nabi dan kemusnahan umat yang menderhaka kepada Allah
– perkara yang wujud tetapi tidak dapat dilihat dengan pancaindera seperti malaikat, syaitan, jin, syurga dan neraka
– perkara yang akan berlaku seperti kemunculan Nabi Isa a.s., dajjal, Yakjuj dan Makjuj
– perkara yang diketahui melalui ilmu dan kajian seperti petroleum, emas, dan jenis tumbuhan yang boleh dijadikan sebagai ubat

2.4. Hikmah kewujudan perkara ghaib
– sebagai bukti kebesaran dan kekuasaan Allah
– untuk menggalakkan manusia membuat kajian dan penyelidikan
– dapat meningkatkan keimanan kepada Allah
– supaya manusia sentiasa fikir kebesaran Allah

2.5. Tugas manusia termasuklah
– mengikut ajaran Nabi s.a.w. untuk dapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat
– berusaha dan ikhtiar teroka khazanah Allah sama ada di lautan, daratan, angkasa untuk kepentingan hidup
– mencari kurniaan Allah di samping tidak lupa tuntutan kehidupan dunia

2.6. Wahyu Allah
– wahyu adlh pengetahuan yang diperoleh seseorang dengan keyakinan bahawa wahyu itu semata-mata daripada Allah melalui perantaraan atau sebaliknya

Cara wahyu diturunkan
– malaikat memasukkan wahyu ke dalam hati Nabi tanpa disedari
– malaikat menjelmakan diri sebagai lelaki
– malaikat menampakkan diri yang sebenar
– wahyu didengar oleh Rasullulah s.a.w. seperti bunyi loceng dan sebagainya

2.7. Pengajaran ayat
– para rasul adlh penyampai wahyu Allah kepada manusia
– nabi dan rasul dilantik Allah dalam kalangan manusia
– kita hendaklah berfikir berdasarkan wahyu untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat