Apa perasaaan anda dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi? Nervous? ?? Takut? ?? Excited? ??

Apapun yang anda rasa, utamanya kami dahulukan dengan ucapkan tahniah kepada anda yang berjaya terpilih melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi!! Ada yang dapat sambung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia tak?

Senarai 1: Dokumen Penting ?

  • Salinan kad pengenalan pelajar
  • Salinan slip SPM/MUET pelajar
  • Sijil pencapaian akademik dan kokokurikulum pelajar
  • Surat tawaran kemasukan
  • Salinan sijil tamat persekolahan pelajar
  • Gambar passport (4 keping ke atas)
  • Slip penyata gaji ibu bapa
  • Laporan pemeriksaan kesihatan / X-RAY
  • Dokumen-dokumen PTPTN dan biasiswa
  • Dokumen-dokumen yang diminta oleh pihak uni/kolej

Senarai 2: Pakaian ?

Untuk Lelaki ?

  • Baju kemeja lengan panjang dan seluar slack (pakaian formal)
  • Tali leher, tali pinggang
  • Baju T-shirt dan sluar track (untuk riadah dan pakai di bilik)
  • Baju Melayu, sampin atau kurta/samfoo/kadazan (*ikut kesesuaian)
  • Kasut bertutup untuk ke kuliah (warna hitam/gelap jika ada)
  • Kasut riadah, selipar, selipar tandas
  • Jeans, kain pelikat
  • Blazer untuk aktiviti formal (jika ada bagus, tak ada tak apa)
  • Socks

Untuk Perempuan ?

  • Baju kurung/ blouse sopan (pakaian formal)
  • Baju T-shirt dan sluar track (untuk riadah dan pakai di bilik)
  • Formal blouse, baju lengan panjang, skirt formal/sopan (*ikut kesesuaian)
  • Selendang, tudung, anak tudung, scarf, brooch
  • Baju tradisional (baju kurung/punjabi suit/saree/cheongsam)
  • Kasut bertutup untuk ke kuliah (warna hitam/gelap jika ada)
  • Kasut riadah, selipar, selipar tandas
  • Jeans, seluar sukan, seluar slack, kain batik (*ikut kesesuaian)
  • Blazer untuk aktiviti formal (jika ada bagus, tak ada tak apa)
  • Socks, hand socks, inner hitam (atau warna gelap)
  • Sanitary pad

Sekadar Tambahan…

  • Sejadah, telekung, songkok
  • Jaket sejuk/ sweater
  • Tuala muka/ tuala badan/ tuala kecil

Senarai 3: Kebersihan Diri ?

  • Baldi, gayung, bakul baju kotor, berus tandas
  • Sabun mandi, syampu, pencuci muka
  • Ubat gigi, berus gigi, ubat kumur
  • Sikat rambut, cotton buds, ketip kuku
  • Deodoran atau bedak badan
  • Sabun basuh baju dan pelembut pakaian (kebiasaanya, mesin basuh berbayar ada disediakan)
  • Hanger dan sepit pakaian
  • Shaver, gunting, grooming toolkit
  • Pad/ panty liner

Senarai 4: Alat Tulis ?

  • Buku nota, test pad, kertas A4 kosong
  • Pen, liquid paper, pembaris, gunting, highlighter
  • Stapler, staples, paper clip, penebuk lubang
  • Calculator

Senarai 5: Keperluan Di Bilik ?

  • Cadar, selimut, bantal, dan sarung bantal
  • Tong sampah kecil, plastik sampah, penyapu, dan penyodok
  • Alas kaki
  • Kipas kecil (*jika perlu)
  • Padlock untuk almari
  • Surat khabar alas pakaian dalam almari
  • Kain buruk buat lap
  • Jam loceng (alarm), cermin kecil
  • Spray nyamuk
  • Minyak angin, pembalut luka, ubat-ubatan

Lain-lain…

Selain dari itu, bawalah laptop dan charger (jika perlu), telefon, cerek air elektrik (dibenaran).


Yang tak dibenarkan bawa jika tinggal di kolej…

Cerek air yang kena guna api, stove, periuk nasi, dan barang-barang berbahaya/ yang boleh menimbulkan syak wasangka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.